TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM SESEBUAH ORGANISASI
Majikan dan pekerja adalah mereka yang berada di dalam satu organisasi tidak kira organisasi itu kecil atau besar. Dalam Islam juga amat penting dalam menjaga hubungan antara majikan dengan pekerja. Selain itu ianya terikat juga dengan tanggungjawab
masing-masing.
1. Melindungi hak dan kebajikan pekerja.
Majikan mestilah menjaga keperluan dan kepentigan pekerjanya. Tujuan Islam menjaga kebajikan adalah untuk menjaga hubungan sesama manusia dan juga memastikan tempat pekerjaan berada dalam suasana aman dan tenteram.
2. Memilih pekerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan.
Selain itu juga ,majikan juga mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja yang akan bekerja dibawahnya. Ini bermakna pekerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan pekerjaan yang akan dilakukannya.
3. Pemberian kerja yang berpadanan dengan kelayakan.
Menjadi kewajipan majikan untuk memberitahu pekerjannya tentang bentuk dan juga cara pekerjaan yang akan dilakukan oleh seseorang pekerja itu. Setiap pekerjaan yang diberi hendaklah bersesuaian dengan fitrah manusia.
4. Membayar upah atau ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.
Seseorang pekerja berhak mendapat upah yang setimpal dengan corak pekerjaan yang telah dilakukannya. Pembayaran upah perlulah adil dan juga mestilah bepandukan polisi, peraturan dan keadaan organisasi, kesesuaian kerja dan juga mestilah mempunyai jaminan masa depan.