Wednesday, 6 September 2017

KESIMPULAN

  • Hubungan majikan dan pekerja yang harmonis merupakan satu budaya yang perlu diterapkan di setiap organisasi. Ia amat mempengaruhi keberkesanan organisasi. Ianya melibatkan setiap individu dan berkait dengan penghayatan agama dan akhlak. Ianya harus difahami oleh setiap warga dalam organisasi. Etika kerja haruslah bersendikan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah tanpa mengenepikan hak – hak manusia yang patut di jaga


DEFINISI GANJARAN EKSTRINSIK BERSERTA DUA CONTOHNYA



 Ada suatu ketika, di waktu bekerja, kita telah memperolehi keuntungan lebih dari pekerja - perkerja lain dalam membuat sesuatu pekerjaan yang sama. Ini menunjukkan nilai yang tinggi dalam bersikap jujur , boleh diharap dan boleh dipercayai   dalam pekerjaan mahupun dalam aspek yang lain ! Sesungguhnya disebabkan sifat itulah baginda dikenali sebagai “Al Ameen.
CARA BAGAIMANA RASULULLAH SAW MENJAGA AMANAH SEBAGAI SEORANG PEKERJA YANG JUJUR


1. Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
  • Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.
  • Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.
  • Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.
  • Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah.“Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah.Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

2.  Lemah Lembut
  • Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.
  • Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan
TANGGUNGJAWAB PEKERJA

Pekerja adalah seseorang yang penting dalam sesebuah organisasi yang dimana mereka merupakan asset yang penting dalam sesebuah organisasi tanpa pekerja juga sesebuah organisasi tidak dapat menjalankan organisasi tersebut.


 1.Amanah   

 -Seorang pekerja perlu mempunyai sikap yang amanah  dalam setiap pekerjaan yang dilakukan sama ada melibatkan urusan peribadi iaitu perkara yang melibatkan hubungan seseorang itu dengan Allah atau urusan kemasyarakatan. Amanah  juga merupakan suatu perkara yang tidak  boleh dikhianati sama sekali.


2.Berakhlak Mulia

 -Kemahiranyang dimiliki seseorang itu juga tidak mendatangkan sebarang erti jika pekerja itu tidak mempunyai akhlak yang mulia kerana pada bila-bila masa sahaja, dia boleh menjadi pemusnah terhadap sesuatu (organisasi) yang telah dibangunkan atau disesebuah oranisasi tempat beliau bekerja.


3.Cekap dalam melaksanakan tugas

-Pekerja yang baik mestilah juga mampu mempamerkan cara kerjanya dengan sempurna dan sentiasa mencuba memperbaiki mutu kerjayanya dari semasa ke semasa dan mestilah sesuai dan perkembangan & tuntutan semasa


4.   Menyelesaikan kerja tepat pada waktunya.

Seseorang pekerja itu juga mestilah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan tugas yang diberikan kepada mereka mengikut tempoh yang diberikan dan menghantar tepat pada masanya.

Related image

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM SESEBUAH ORGANISASI

Majikan dan pekerja adalah mereka yang berada di dalam satu organisasi tidak kira organisasi itu kecil atau besar. Dalam Islam juga amat penting dalam menjaga hubungan antara majikan dengan pekerja. Selain itu ianya terikat juga dengan tanggungjawab
masing-masing.



       1.    Melindungi hak dan kebajikan pekerja.


Majikan mestilah menjaga keperluan dan kepentigan pekerjanya. Tujuan Islam menjaga kebajikan adalah untuk menjaga hubungan sesama manusia dan juga memastikan tempat pekerjaan berada dalam suasana aman dan tenteram.


2.    Memilih pekerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan.

Selain itu juga  ,majikan juga  mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja yang akan bekerja dibawahnya. Ini bermakna pekerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan pekerjaan yang akan dilakukannya.

3.    Pemberian kerja yang berpadanan dengan kelayakan.

Menjadi kewajipan majikan untuk memberitahu pekerjannya tentang bentuk dan juga cara pekerjaan yang akan dilakukan oleh seseorang pekerja itu. Setiap pekerjaan yang diberi hendaklah bersesuaian dengan fitrah manusia.

4.    Membayar upah atau ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Seseorang pekerja berhak mendapat upah yang setimpal dengan corak pekerjaan yang  telah dilakukannya. Pembayaran upah perlulah adil dan juga mestilah  bepandukan polisi, peraturan dan keadaan organisasi, kesesuaian kerja dan juga mestilah mempunyai jaminan masa depan.

KESIMPULAN Hubungan majikan dan pekerja yang harmonis merupakan satu budaya yang perlu diterapkan di setiap organisasi. Ia amat mempen...